JAKARTA 10 Mac – Sekurang-kurangnya 17 penumpang cedera selepas Kereta api Elektrik (KRL) Jatinegara-Bogor tergelincir daripada landasan di Kebon Pedes, Kota Bogor, Jawa Barat, hari ini. Naib Presiden Komunikasi Komuter Indonesia (KCI), Eva Viceunisa dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini (waktu tempatan) ketika kenderaan itu melepasi Stesen Cilebut dan menghala ke Bogor. Lapor Tribun Kaltim, bagaimanapun kesemua penumpang berjaya dikeluarkan daripada kereta api itu. Sembilan daripada penumpang yang cedera ditempatkan di Hospital Salak, Bogor manakala lapan lagi menerima rawatan di pondok kesihatan Stesen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya