KPKT tiada kaitan dengan Rumawip-Zuraida - Utusan Malaysia

KPKT tiada kaitan dengan Rumawip-Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Mac- Kementerian Wilayah Persekutuan bertangungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan mengenai pembinaan atau pembatalan projek Rumah Mampu Wilayah Persekutuan (Rumawip).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kementeriannya tiada kaitan dengan pembinaan atau pembatalan projek Rumawip dan hanya bertangungjawab dalam soal polisi dan peraturan.

“Sebelum ini, sememangnya ada cadangan semua projek perumahan diletakkan di bawah kementerian saya namun, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad minta Rumawip kekal diurus oleh kementeriannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian saya hanya sediakan polisi dan peraturan sahaja selain menguruskan aduan pembeli. Soal pembangunan Menteri Wilayah akan buat keputusan akan teruskan atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mene­liti semula cadangan pembinaan projek Rumawip@Sentral yang sebelum ini dirancang pembinaannya di Presint 9 di sini.

Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim dilaporkan berkata, buat masa ini pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengambil alih projek berkenaan.

“Difahamkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan ambil alih projek ini kerana semua projek perumahan akan di letakkan di bawah kementerian terbabit

“Kementerian Wilayah Persekutuan tutup permohonan pembeli Rumawip di Putrajaya selepas PPj batalkan projek ini dulu,” katanya.

Menurut Zuraida, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan sekiranya terdapat aduan yang dibuat oleh pemohon Rumawip yang dirancang dibina bersebelahan Putrajaya Sentral.

Rancangan pembinaan Rumawip di Presint 9 itu melibatkan pembinaan 2,000 unit rumah dengan 500 daripadanya akan dijual pada harga serendah RM80,000 dan pembinaannya dijangka siap pada 2024.

Sebanyak 500 unit kediaman dengan keluasan lantai 700 kaki persegi (65 meter persegi) itu bakal ditawarkan kepada orang kurang upaya (OKU), penjawat awam dengan isi rumah bawah RM3,000 serta untuk komuniti masyarakat India.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini