KUALA LUMPUR 6 Mac – Pas akan memastikan calon UMNO memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 13 April depan. Pengesahan itu dikeluarkan sehari selepas kedua-dua parti mengumumkan jalinan kerjasama secara rasmi demi penyatuan ummah. Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara tersebut merupakan kewajipan mandatori Pas selaras dengan taawun siyasi yang telah termeterai. “Pas akan menggabungkan jentera pilihan raya di peringkat kawasan Rembau…










