Kesihatan Chong Wei lebih penting - Utusan Malaysia

Kesihatan Chong Wei lebih penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Mac – Penarikan diri jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Terbuka Malaysia 2019, minggu depan adalah wajar memandangkan pemain itu dalam proses pemulihan kesihatannya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau menghormati pendirian Chong Wei yang memberikan keutamaan terhadap kesihatannya dan pihaknya juga faham proses pemulihan yang dilalui pemain itu memerlukan masa.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan memberikan sokongan yang penuh kepada dia. Chong Wei adalah wira negara dan kita mahu pastikan beliau pulih sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu sebarang tindakan yang diambil menjejaskan kesihatannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara KBS di sini hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengesahkan Chong Wei menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada 2 hingga 7 April ini selepas pemain itu dinasihatkan doktor pakar merawatnya di Taiwan untuk tidak menyertai kejohanan tersebut.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak disahkan menghidap kanser hidung pada Julai tahun lepas.

Keputusan itu menyaksikan Chong Wei yang menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali tidak akan mempertahankan gelaran itu kali ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini