KUALA LUMPUR 14 Mac – Kerajaan akan menyelaraskan semula dasar yang mentadbir ekosistem perniagaan bagi memperkasakan usahawan tempatan dalam usaha meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, selepas 61 tahun mencapai kemerdekaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera hanya menyumbang kurang daripada 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) walaupun membentuk 68 peratus daripada jumlah penduduk. “Jelas sekali kita perlu melakukan sesuatu untuk memperkasakan mereka (bumiputera). Kami akan mengadakan lebih banyak program termasuk latihan peribadi dan mempunyai lebih banyak hubungan perdagangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya