JASIN 9 Mac – Selepas mengumumkan kerjasama rasmi beberapa hari lalu, gandingan UMNO-Pas tidak lagi menoleh ke belakang untuk memperkasakan agenda penyatuan ummah apabila memulakan hasrat membentuk kerajaan campuran di negeri-negeri tadbiran Barisan Nasional (BN) serta Pas. Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memberitahu, cadangan pembentukan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan `Penyatuan Ummah’ itu sudah pun dibincangkan dengan Pas dalam Mesyuarat…










