Kerajaan Penyatuan Ummah fokus bela rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan Penyatuan Ummah fokus bela rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 10 Mac – Kerajaan Penyatuan Ummah yang bakal dibentuk di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas merupakan antara usaha pembangkang dalam memastikan hak rakyat di negara ini sentiasa terbela.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu juga antara lain berperanan menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji-janji mereka kepada rakyat seperti yang terkandung di dalam manifesto.

“Konsep penyatuan ummah hanya mahu pastikan hak rakyat sentiasa terpelihara dan terbela.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu adalah matlamat utama di mana kita fokus untuk membela rakyat dan menuntut kerajaan PH penuhi janji mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis tahlil di Surau Al-Ershad sempena program Aspirasi Akar Umbi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang di Taman Kaya di sini hari ini.

Menurut beliau, pembentukan kerajaan campuran itu hanya di empat buah negeri sahaja dan tiada perbincangan melibatkan negeri lain yang mana jika dicampurkan kerusi BN dan Pas akan membabitkan perbezaan satu atau dua kerusi.

“Kita belum sampai peringkat perbincangan soal negeri-negeri di mana kerusi BN kalau campur Pas boleh menjadi perbezaaan satu atau dua kerusi. Lebih baik fokus kepada negeri di bawah kita (pembangkang)dulu.

“Kerana yang paling penting sekarang, kita tidak mahu beri isyarat kepada rakyat seolah-olah kita hanya berpolitik sepanjang masa. Kita bukan gelojoh mahu tubuhkan kerajaan sebelum tempoh matang,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam berkata, hasrat mewujudkan kerajaan campuran itu telah dibincangkan dengan Pas pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti itu baru-baru ini dan ia masih di peringkat cadangan sebelum tindakan lanjut.

Perlis dan Pahang adalah dua buah negeri yang dikuasai BN manakala Pas pula di Terengganu dan Kelantan selain perbezaan kecil kerusi antara kedua parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) di Perak dan Kedah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini