ALOR SETAR 7 Mac – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri menyifatkan bahawa kerajaan telah membuat kesilapan besar apabila membuat keputusan memotong subsidi para petani dan nelayan, yang begitu dirasai golongan itu dan orang Melayu secara amnya. Menurut Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, apatah lagi keputusan tersebut dibuat enam bulan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu di saat seluruh rakyat mengharapkan sesuatu yang positif daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH)…










