PUTRAJAYA 13 Mac – Kerajaan telah membangunkan sebanyak 870 pusat internet di seluruh negara terutama di kawasan yang kurang mendapat liputan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini memberitahu, keahlian pusat tersebut kini mencecah 590,000 orang dengan 57 peratus daripadanya terdiri daripada golongan pelajar. Jelasnya, di samping memberi kemudahan kepada pelajar, pusat tersebut turut melaksanakan program membantu usahawan tempatan bagi mempromosikan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. “Seramai 16,393 golongan usahawan dalam talian telah mengambil bahagian dalam program pembangunan yang dijalankan di pusat berkenaan. “Mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya