Keputusan sampel ternakan ikan minggu depan - Utusan Malaysia

Keputusan sampel ternakan ikan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Mac – Keputusan ujian makmal terhadap sampel ternakan ikan yang diambil daripada penternak di sekitar Pasir Gudang berhubung insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dijangka diperoleh beberapa hari lagi.

Pengarah Perikanan Negeri, Zamani Omar berkata kesemua sampel ternakan termasuk ikan, kupang dan ketam itu telah dihantar Jawatankuasa Bertindak Khas yang menjalankan siasatan mengenai kejadian berkenaan ke sebuah makmal swasta beberapa hari lepas.

“Tindakan ini adalah untuk kajian jangka masa panjang supaya tidak memberi risiko kepada orang ramai. Ujian makmal ini akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada analisis makmal berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas laporan keluar dan menyatakan bahawa ikan dan hidupan akuatik tidak terkena sisa kimia, maka, kita (Pejabat Perikanan Negeri Johor) akan hantar laporan kepada Kementerian Kesihatan untuk mengisytiharkan kesemua hidupan laut di sekitar Pasir Gudang selamat dimakan,” katanya yang dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zamani berkata, aduan paling ketara diterima pihaknya daripada nelayan susulan pencemaran tersebut adalah mereka sukar memasarkan hasil tangkapan sekali gus merosot pendapatan disebabkan orang ramai takut membeli hasil laut.

“Saya ada berjumpa dengan para nelayan dan mereka meminta untuk mengambil tindakan sewajarnya. Sehubungan itu, tindakan yang kita ambil adalah dengan menghantar sampel ikan ke makmal untuk dipastikan ia selamat,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini