ALGIERS 10 Mac – Satu pengerahan keselamatan besar-besaran dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Algiers dan kediaman Presiden Algeria, Abdelaziz Bouterflika di Zeralda selepas mendengar berita mengenai kepulangan pemimpin itu dari Switzerland, hari ini. Menurut Reuters yang memetik saluran televisyen al-Arabiya Hadath, Abdelaziz, 82, dijadualkan pulang ke tanah air selepas dua minggu menerima rawatan di sebuah hospital Switzerland ketika beliau berdepan bantahan besar-besaran yang mengancam pentadbiran 20 tahunnya. Sumber berkata, Abdelaziz dijangka mendarat sekitar tengah hari waktu tempatan. Seorang pelajar, Aziz, 17 berkata, mereka mengalu-alukan kepulangan pemimpin itu tetapi mereka tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya