MEMINTA sedekah dan tidur di tepi jalan adalah rutin harian Mamadou Sakho ketika zaman remaja demi kelangsungan hidup kerana kemiskinan yang membelenggu. Sakho menghabiskan sebahagian besar zaman remaja dengan hidup sebagai gelandangan di kawasan kejiranan Goutte d’Or yang terletak kurang 5 kilometer dari kota cinta, Paris. Sakho berkata adakalanya dia tidak mampu membeli makanan walau sebuku roti, selain bergelut untuk mencari tempat tidur yang lebih selesa jika cuaca sejuk menyerang.…










