KOTA BHARU 13 Mac – Kerajaan negeri mengarahkan setiap agensinya supaya mengenal pasti langkah terbaik bagi menghadapi ancaman kemarau berpanjangan di seluruh negara sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, cuaca panas dan kering di negeri ini setakat ini masih terkawal manakala keadaan sumber air pula tidak sampai pada tahap kritikal. Beliau berkata, selain setiap agensi melaksanakan langkah-langkah bersesuaian bagi menghadapi kemarau, pihaknya merancang untuk mengadakan solat istiqsa bagi memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan. “Kita minta semua pihak berkenaan ambil perhatian dan laksanakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya