Kelebihan milik 'Red Devils' - Utusan Malaysia

Kelebihan milik ‘Red Devils’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 Mac – Manchester United bertandang ke Arsenal esok dengan misi wajib menang bagi mengekalkan kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris, slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah.

Kalah di Stadium Emirates bermakna Arsenal akan merampas kedudukan keempat, namun kemenangan dramatik 3-1 United ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara, Khamis lalu meletakkan anak-anak buah Ole Gunner Solskjaer sebagai pilihan utama.

United menang 10 daripada 12 perlawanan liga di bawah bimbingan Solskjaer, sejak Disember lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka juga menumpaskan Arsenal 3-1 dalam kunjungan terakhir di Emirates, Januari lalu pada saingan Piala FA.

Kombinasi mantap Romelu Lukaku dan Marcus Rashford sekali lagi menjadi sandaran Red Devils untuk menghukum Gunners yang masih dibayangi kekalahan 1-3 kepada kelab Perancis, Rennes dalam Liga Europa, semalam.

Bagi memastikan Arsenal bangkit menumpaskan United di depan penyokong sendiri, Unai Emery bersedia membuat enam pertukaran, termasuk menurunkan Alexandre Lacazette dan penjaga gol Jerman, Bernd Leno. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini