Kekecohan program Najib: Kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara esok - Utusan Malaysia

Kekecohan program Najib: Kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kekecohan pada program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal yang terletak berhampiran Universiti Malaya pada Jumaat lalu akan diserahkan kepada Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah merakam keterangan pihak yang berkaitan dan akan menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara.

“Kita sudah rakam 26 keterangan berhubung kejadian itu bagi melengkapkan siasatan dan siasatan itu akan dihantar ke pejabat Peguam Negara esok,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke -212 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol KL) di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal yang terletak berhampiran Universiti Malaya (UM) bertukar kecoh apabila beberapa pelajar universiti itu membuat provokasi ketika beliau sedang berucap.

Tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong Najib berang dan mula berasak ke arah pelajar tersebut serta mempersoalkan tindakan mereka berbuat demikian.

Pelajar berkenaan kelihatan turut memegang beberapa plakad gambar badut menyerupai Najib sambil melontarkan kata-kata ‘penipu’ dan ‘mana RM2.6 bilion’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini