Kejohanan baharu bakal diperkenalkan FIFA - Utusan Malaysia

Kejohanan baharu bakal diperkenalkan FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 11 Mac- Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dijangka mengumumkan pertandingan baharu membabitkan kelab terbaik seluruh dunia menggantikan Piala Konfederasi pada mesyuarat kongres badan tertinggi itu yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat, Jumaat ini, lapor stesen penyiaran Jerman, ZDF.

Laporan stesen itu menyebut bahawa Infantino mahu membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan menganjurkan kejohanan baru itu yang dijangka membabitkan penyertaan 24 kelab berbanding tujuh kelab handalan dunia ke pertandingan berkenaan termasuk penyertaan 12 pasukan terbaik dari Eropah.

Dalam masa sama, Infantino juga dipercayai akan memansuhkan Piala Konfederasi yang kali terakhir menyaksikan Jerman muncul juara pada 2017 di Rusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganjuran Piala berkenaan berlangsung setahun sebelum Piala Dunia membuka tirai.

Menurut laporan itu juga, Kejohanan Piala Dunia membabitkan kelab itu akan berlangsung mulai 2021 iaitu setahun sebelum Piala Dunia di Qatar.

“Ya, itulah yang bakal kami putuskan, kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan lama (format sedia ada) dan kami akan membuat keputusan mengenainya,” kata Fernando Sarney, seorang anggota Ahli Majlis FIFA dari Brazil kepada ZDF.

Difahamkan Infantino juga dilaporkan mahu menangguhkan penganjuran Liga Benua ke suatu tarikh yang lebih sesuai.

Namun, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dilaporkan membantah cadangan penganjuran kejohanan baharu membabitkan kelab terbaik dunia mulai 2021 itu dengan mendakwa ia akan menyebabkan jadual perlawanan mereka di Eropah bakal menjadi lebih padat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini