Kejohanan Badminton Komuniti Strata MPS pada 23, 24 Mac - Utusan Malaysia

Kejohanan Badminton Komuniti Strata MPS pada 23, 24 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan menganjurkan Kejohanan Badminton Komuniti Strata Piala Yang Dipertua MPS 2019 selama dua hari bermula 23 Mac ini.

POSTER Kejohanan Badminton Komuniti Strata Piala Yang Dipertua MPS. – UTUSAN ONLINE

MPS berkata, program dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama Strata MPS, Jawatankuasa Penduduk Zon 12 dan 222 Sports Centre cawangan Selayang akan diadakan di Selayang Mall dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyertaan dibuka kepada penduduk komuniti strata (peringkat amatur) yang bermastautin di kawasan MPS sahaja.

“Acara ini terhad untuk 32 pasukan dan yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap pasukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, empat kategori dipertandingkan iaitu berpasukan campuran, beregu lelaki terbuka (satu beregu), beregu lelaki veteran (40 tahun ke atas) (satu beregu) dan beregu campuran terbuka (satu beregu).

“Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta medal dan sijil penyertaan.

“Naib Johan pula akan menerima RM800 beserta medal dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing RM500 beserta medal dan sijil penyertaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, majlis penutupan kejohanan akan dirasmikan oleh Yang Dipertua MPS, Suliman Abd. Rahman pada pukul 4 petang, 24 Mac.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Mac dan borang pendaftaran yang lengkap beserta slip pembayaran yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia di alamat Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, Batu Caves Selangor,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini