BUKAN semalam atau kelmarin masalah kebanjiran warga asing di pasar borong menjadi bualan dan rungutan masyarakat negara ini, dalam erti kata lain, bukanlah perkara baharu. Tetapi amat menghairankan, meskipun pelbagai aktiviti penguatkuasaan seperti operasi dan serbuan dijalankan membabitkan banyak agensi, keadaannya tetap begitu malah semakin kronik. Maka timbul persoalan, apa sebenarnya menjadi punca kepada masalah tersebut yang bagaikan tiada kesudahan, adakah warga asing ini ‘kebal’, degil ataupun dilindungi. Mengapa dikatakan…










