JOHOR BAHRU 10 Mac – Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Port Klang, Selangor ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di kira-kira 4 kilometer timur laut Tanjung Kupang, Gelang Patah dekat sini semalam. Kapal tangki yang membawa lima kru lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 23 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 1.30 petang. Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid, berkata, tiada kapten atau pegawai kapal bertugas di atas kapal berkenaan semasa pemeriksaan dijalankan. “Pemeriksaan yang dijalankan oleh bot ronda Maritim Malaysia mendapati kapal tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya