PENGERANG 28 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki asing setelah bersauh tanpa kebenaran di perairan tempatan pagi semalam. Kapal tangki tanpa muatan berbendera Indonesia itu ditahan pada kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika di Tenggara Tanjung Penyusop pada pukul 10.50 pagi. Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang dalam Op Jaksa di perairan tersebut. “Kapal tangki itu dikendalikan 14 kru termasuk nakhoda warganegara Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 58 tahun.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya