Kante kekal di Chelsea - Utusan Malaysia

Kante kekal di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Mac – N’Golo Kante menolak dakwaan khabar angin kononnya dia bakal menyertai Real Madrid pada musim panas ini sebaliknya pemain tengah Chelsea itu mahu terus kekal di Stamford Bridge.

Real berminat untuk membawa masuk juara dunia itu apabila Zinedine Zidane mahu memastikan kelab gergasi Sepanyol tersebut kembali ke landasan dalam perebutan kejuaraan sama ada di peringkat domestik mahupun Eropah.

Bagaimanapun, Kante menegaskan dia akan ke mana-mana kerana dia masih mempunyai misi yang belum disempurnakan bersama The Blues.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya di Chelsea dan saya mempunyai sasaran di sini, apa yang diperkatakan di tempat lain tidak penting. Saya masih di Stamford Bridge dan itu fokus saya,” katanya.

Selain Kante, rakan sepasukannya, Eden Hazard turut dikaitkan akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini