ALOR GAJAH 17 Mac – laluan berhampiran Sungai Gangsa di Kampung Belimbing Dalam di sini bagaikan tapak pelupusan sampah akibat sikap orang ramai yang membuang sampah di kawasan itu sejak sekian lama. Sepanjang hampir 300 meter laluan tepi tebing sungai itu, bau yang cukup tidak menyenangkan dapat dihidu akibat lambakan sampah seperti kulit haiwan, bulu ayam ternakan, lampin pakai buang dan pelbagai sisa buangan harian. Apa yang membimbangkan adalah kedudukan Sungai Gangsa yang merupakan salah satu daripada sumber air kepada Empangan Durian Tunggal yang akan dicemari bahan-bahan yang boleh memudaratkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya