Kami kekal positif - Klopp - Utusan Malaysia

Kami kekal positif – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Mac – Jurgen Klopp menegaskan Liverpool akan tetap positif untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris meskipun goyah selepas melihat pencabar terdekatnya, Manchester City berpeluang mengekalkan gelaran.

Peluang Liverpool tampak sukar selepas seri tanpa jaringan dalam aksi setempat Merseyside menentang Everton, sekali gus membuka jalan untuk skuad bimbingan Pep Guardiola itu merampas kedudukan teratas liga dengan kelebihan satu mata.

Meskipun diserang dengan kritikan ekoran kekurangan kreativiti sejak akhir-akhir ini, Reds bagaimanapun telah meraih lima perlawanan berturut-turut tanpa bolos selain merupakan pasukan paling sedikit bolos iaitu sebanyak 15 kali dalam 29 saingan liga.

Liverpool yang sejak kali terakhir memenangi Liga Perdana pada 1990, telah mencatat empat daripada enam perlawanan terakhir liga dengan keputusan seri, menyebabkan pasukan tersebut banyak keciciran mata.

Bagaimanapun, dengan berbaki sembilan perlawanan, Klopp berharap anak-anak buahnya tidak mudah berputus asa dan terus berjuang sehingga ke penamat.

“Kami sentiasa positif. Bagaimana kami boleh positif? Banyak perkara yang akan berlaku dalam perlawanan seterusnya. Apa yang membawa kami ke sini adalah kestabilan pemain yang ditonjolkan.

“Kami sukar ditewaskan, di mana ia adalah bahagian paling penting dalam bola sepak. Dan kami masih mencipta tentangan hebat, yang mana ia juga mustahak dalam bola sepak.

“Kemudian anda perlu selesaikan mereka semua, di mana kami sentiasa melakukannya, namun ada kalanya tidak (merujuk kepada Everton).

“Dinamik di carta teratas telah berubah sedikit. Kini kami menduduki tangga kedua, mereka (City) pertama. Tirai musim ini masih belum tertutup dan kami tidak akan berputus asa,” kata Klopp.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN