KUALA LUMPUR 27 Mac – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih belum menerima surat peletakan jawatan daripada tiga ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai jawatankuasa tersebut. Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, jawatankuasa itu walau bagaimanapun masih boleh mengadakan mesyuarat kerana terdapat sembilan anggota lain. “Sehingga semalam kita belum terima surat letak jawatan daripada tiga anggota pembangkang. “Sekarang PAC ada sembilan orang, jumlah ini telah mencapai korum, jadi kita boleh…










