PUTRAJAYA 3 Mac – Pakatan Harapan (PH) akan menjalankan proses pasca nilai atau post mortem bagi mengkaji kekalahan gabungan politik berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam. Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak menolak kerjasama antara UMNO-Pas menjadi faktor kemenangan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi berkenaan. “Sebelum ini apabila kita menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah kerana Pas dan UMNO tidak bersama justeru, mereka tidak berupaya mencapai angka yang bagus sehubungan itu kita menang. “Namun begitu, sudah tentu rakyat berubah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya