Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM19.61 bilion dalam sistem konvensional dan RM13.86 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengeluarkan tender pasaran wang konvensional RM1 bilion bagi tujuh hari dan RM500 juta untuk 14 hari, serta tender Qard RM500 juta bagi tujuh hari, RM1 bilion untuk 14 hari dan RM900 juta bagi 21 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

BNM juga akan menawarkan Program Komoditi Murabahah bernilai RM500 juta bagi 33 hari, serta tender repo berbalik RM830 juta untuk 30 hari dan RM500 juta bagi 92 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM19.4 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM11.0 bilion. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini