Kad pengenalan 103 warga asing tersenarai DPT - Utusan Malaysia

Kad pengenalan 103 warga asing tersenarai DPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 5 MAC – KETUA Pengarah Pendaftaran Populasi dan Sivil, Kementerian Dalam Negeri, Zudan Arif Fakrulloh mendedahkan penemuan sebanyak 103 keping kad pengenalan elektronik warga asing yang tersenarai sebagai Daftar Pemilih Tetap (DPT) pilihan raya umum (Pemilu) 2019.

ZUDAN ARIF FAKRULLOH
ZUDAN ARIF FAKRULLOH 

Lapor Republika.co.id, kese­mua kad pengenalan itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) dan Badan Pengawas Pemilihan Umum Republik Indonesia (Bawaslu) dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.

“Pihak kami telah serahkan kesemua dokumen tersebut kepada KPU dan Bawaslu,” kata Zudan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zudan berkata, pi­haknya mela­kukan pencarian untuk membantu KPU menyediakan informasi berkenaan DPT dengan lebih tepat.

“Hasil penemuan kami mendapati, 103 kad pengenalan didapati bermasalah. Data yang lain tidak diperlukan KPU.

“Oleh itu, kami serahkan data warga negara asing yang tersenarai sebagai daftar pemilih tetap tersebut untuk dimusnahkan,” katanya.

Sementara itu, Pe­suruhjaya Bawaslu, Rahmat Bagja berkata, pihaknya meminta agar penambahbaikan dilakukan terhadap data DPT Pemilu 2019.

“Kami meminta supaya ada penambahbaikan dilakukan. Penemuan itu menunjukkan usaha dilakukan untuk memperbaiki prestasi KPU dalam kerja-kerja padanan dan penyelidikan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini