Jurutera maut baru sahaja sambut ulang tahun perkahwinan - Utusan Malaysia

Jurutera maut baru sahaja sambut ulang tahun perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Jurutera yang maut bersama empat anggota keluarganya dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kampung Jeram Besu di sini, awal pagi semalam baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama.

Lebih memilukan, Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27, juga baru bergelar bapa setelah dikurniakan seorang cahaya mata berusia 62 hari.

Nor Asilah Arahim, 29, berkata, beliau dan suaminya baru sahaja menyambut  hari ulang tahun perkahwinan pertama pada 23 Mac lepas dan mereka dikurniakan anak perempuan, Maryam Medina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menghadiri majlis akad nikah adik perempuannya di Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan.

“Lima jam selepas saya menerima  mesej menerusi Whatsapp pukul satu pagi daripada Allahyarham, saya dikejutkan dengan kehadiran anggota polis yang memaklumkan suami saya meninggal dalam kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Jelawat di sini  awal pagi tadi.

Muhammad Faezuan,  jurutera di sebuah kilang di Pelabuhan Klang, antara lima yang  terkorban apabila kereta yang dinaiki bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu bertembung dengan sebuah bas  ekspres yang  datang secara bertentangan, awal  pagi semalam. – Bernama
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Takziah Isteri Muhammad Faezuan Nor Izudin, 27, yang maut dalam kemalangan dalam sebuah bas ekspres semalam, Nur Asilah Arahim, 29, (tengah) tidak dapat menahan kesedihan sejurus jenazah suaminya tiba di Madrasah Kubur Kampung Kubang Bator sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Chenok Jelawat pagi ini. Lebih memilukan, mereka baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 23 Mac lalu. Menitik juga air mata apabila Allahyarham baru sahaja bergelar bapa setelah dikurniakan seorang cahaya mata berusia 62 hari. Allahyarham antara yang maut dalam kemalangan antara kereta dengan bas ekspres di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berdekatan Kampung Jeram Besu kira-kira 3.45 pagi semalam. #kosmo #kemalangan #innalillah #alfatihah Foto oleh Bernama

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini