Jururawat, penganggur kes larikan kanak-kanak ditahan di Ampang - Utusan Malaysia

Jururawat, penganggur kes larikan kanak-kanak ditahan di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 6 Mac – Pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sejak hujung bulan lalu berjaya ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Selangor petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek yang merupakan jururawat dan penganggur itu ditahan kira-kira pukul 4 petang hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Pasangan suami isteri yang berusia 37 dan 40 tahun itu dipercayai bersembunyi di inap desa tersebut, walaubagaimanapun kanak-kanak yang dilaporkan hilang tiada bersama mereka.

“Kita akan membawa pulang kedua-dua suspek ke Langkawi hari ini untuk siasatan lanjut termasuk melakukan soal siasat bagi mengesan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan, polis yang sedang mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak percaya pasangan itu sudah meninggalkan Langkawi sejak awal bulan ini.

Ia susulan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kedua-dua suspek yang juga kenalan ibu kanak-kanak itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini