WELLINGTON 28 Mac – Sebuah penerbangan Air New Zealand ditunda daripada berlepas selepas seorang penumpang pesawat didapati membawa senjata api dalam bagasinya, hari ini. Jurucakap Lapangan Terbang Auckland berkata, senjata itu tidak dibawa masuk ke dalam pesawat seperti mana laporan sebelum ini. Katanya, senjata itu ditemukan dalam bagasi masuk penumpang pesawat penerbangan dari Auckland ke Christchurch berkenaan. Lapor stuff.co.nz, pesawat NZ 547 itu yang dijadualkan berlepas pada pukul 2 petang…










