BANGKOK 28 Mac- Ketua Parti Future Forward, Thanathorn Juangroongruangkit mendedahkan Parti Pheu Thai berhasrat untuk mencalonkan beliau bagi jawatan Perdana Menteri jika mana-mana calon daripada parti tersebut gagal ke Parlimen. Juangroongruangkit menerusi satu rancangan di stesen televisyen Thai Rath memberitahu, Ketua Strategi Pheu Thai, Khunying Sudarat Keyuraphan memberikan tawaran tersebut kepadanya dalam satu pertemuan pada malam Ahad yang lalu. Namun, Juangroongruangkit memberitahu Sudarat Keyuraphan bahawa tawaran itu bukan syarat untuk menyertai gabungan tersebut.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya