PRAGUE 27 Mac – Pemain gantian, Gabriel Jesus meledak dua gol pada lewat permainan untuk membantu Brazil bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Republik Czech 3-1 dalam aksi persahabatan di sini hari ini. Penyerang Manchester City itu menyempurnakan hantaran cantik David Neres untuk jaringan pertamanya pada minit ke-83, sebelum meledak gol kedua peribadi ketika permainan menunggu masa untuk ditamatkan. Terdahulu, tuan rumah bermula baik dengan mendahului menerusi David Pavelka pada minit…










