Jepun kuasai badminton Olimpik 2020? - Utusan Malaysia

Jepun kuasai badminton Olimpik 2020?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Tuan rumah, Jepun dijangka mendominasi perebutan pingat badminton dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, kata Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen.

Beliau berkata, Jepun sudah mula mengorak langkah melakukan kebangkitan apabila barisan pemain negara itu mula menyerlah dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran di pentas dunia.

Beliau percaya pemain negara Matahari Terbit itu mempunyai peluang cerah untuk menguasai podium di Sukan Olimpik Tokyo pada 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpendapat Jepun telah melakukan usaha yang hebat sejak beberapa tahun kebelakangan dan ini terserlah dengan kebangkitan pemain mereka di peringkat tertinggi. Ketika ini, saya boleh menyatakan mereka adalah negara utama.

“Justeru, adalah menarik untuk melihat jika kuasa besar badminton seperti China, Indonesia, Malaysia dapat melakukan kejutan untuk memenangi pingat emas.

“Peluang itu memang ada tetapi negara tradisi ini perlu berusaha lebih keras,” katanya dalam temu bual khas dengan Bernama semasa Sukan Olimpik Khas Musim Panasa Sedunia 2019 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Sebanyak lima pingat emas menjadi pertaruhan dalam acara badminton di Sukan Olimpik dan tempoh kelayakan selama setahun akan dibuka 29 April ini untuk pemain mengumpul mata ranking dunia.

Kebangkitan Jepun untuk mengorak langkah muncul antara kuasa besar dunia dalam sukan itu dapat dilihat dalam beberapa kejohanan dan terbaru di Kejohanan All-England awal bulan ini.

Pemain perseorangan lelaki, Kento Momota menjuarai All-England dan beregu campuran, Yuta Watanabe-Arisa Higashino menjadi naib juara,

Selain itu, tiga beregu wanita, Mayu Matsumoto-Wakana Hagahara; Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dan Shiho Tanaka-Koharu Yonemoto serta beregu lelaki Takeshi Kamura-Keigo Sonoda layak ke separuh akhir. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini