Jepun belasah Poland 6-1 - Utusan Malaysia

Jepun belasah Poland 6-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 30 Mac – Juara Asia, Jepun memenangi perlawanan penentuan tempat kelima pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas membelasah Poland 6-1 di sini hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Azlan Shah di sini, Jepun bagaimanapun ketinggalan hasil jaringan pada pemain Poland, Mikolaj Gumny pada ini ke-31.

Jepun bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol padang Fukuda Kentaro pada minit ke-46 dan selepas itu terus menguasai perlawanan apabila meledak lima lagi gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lima gol Jepun masing-masing dijaringkan Ryosei Kato (minit ke-49), Hirokata Wakuri (minit ke-51 dan ke-57), Fuduka Kentaro (minit ke-54) dan Hoshi Suguru (minit ke-57). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini