JAS dapat petunjuk baharu, dalang buang sisa kimia hampir dikenal pasti - Utusan Malaysia

JAS dapat petunjuk baharu, dalang buang sisa kimia hampir dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Mac – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri memperoleh petunjuk baharu yang dipercayai dapat memberi maklumat berkaitan dalang yang membuang sisa buangan berjadual secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, petunjuk baharu itu diperoleh daripada keputusan analisa yang diterima pihak JAS daripada Jabatan Kimia Johor sebentar tadi.

Menurutnya, analisa yang diperoleh itu membantu pihaknya mengecilkan skop siasatan dan suspek yang disenaraikan sebelum ini iaitu daripada 30 industri menghasilkan sisa bahan kimia berhampiran sungai itu selain beberapa syarikat perkapalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JAS Johor sudah dapat petunjuk baharu. Laporan yang diperoleh daripada Jabatan Kimia itu mendedahkan sebatian bahan sebenar kimia yang digunakan dan ia dapat membantu kami menyenarai pendek pihak terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Media hari ini melaporkan, Mohammad Ezanni berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pihak yang membuang sisa buangan berjadual secara haram di Sungai Kim Kim dipercayai daripada dua sektor iaitu perkapalan dan kilang kimia.

Menurutnya, JAS menyenarai pendek 30 kilang kimia yang terletak di Pasir Gudang dan pada masa sama bekerjasama dengan polis bagi memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap lampu isyarat dan jalan di Pasir Gudang menuju ke sungai itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini