KOTA BHARU 21 Mac – Dewan Pemuda Pas negeri ini meminta DAP Perak supaya menjaga negerinya yang mempunyai pelbagai masalah. Ketua Penerangannya, Nazman Che Ibrahim berkata, ini kerana pemimpin DAP telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kerajaan negerinya sendiri berkaitan skandal balak beberapa bulan lepas. Beliau berkata, serangan DAP terhadap kerajaan Pas Kelantan nampak terancang dan tersusun seumpama satu gerakan yang diarahkan oleh tangan ghaib di belakang. “Mudah untuk difahami oleh rakyat adalah DAP sedang mahu mengalih isu berkenaan kebocoran kertas siasatan skandal terowong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya