KUALA LUMPUR 20 Mac – Kerajaan didesak tidak sewenang-wenangnya menjual Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines), sebaliknya terus berusaha mempertahankan syarikat penerbangan kebanggaan negara itu. Walaupun dibebani kerugian, namun Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali beranggapan nilai Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan nasional amat tinggi, cuma perlu diperkukuhkan dengan strategi pengurusan lebih mantap. Jelas beliau, Malaysia Airlines perlu memberi tumpuan kepada…









