PASIR MAS 2 Mac. – Pas meyakini kesetiaan ahlinya dan mereka akan tetap istiqamah bersama perjuangan meskipun parti itu terpalit dengan isu pemimpinnya dituduh menerima dana berjumlah RM90 juta yang disalurkan oleh UMNO. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sokongan ahli di peringkat akar umbi tidak tergugat kerana sehingga hari ini tuduhan terhadap parti itu gagal dibuktikan oleh mana-mana pihak. Tambah beliau, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kebenaran, Pas tetap terbuka dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam isu tersebut. “Cuma saya takut perkara ini dimainkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya