PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan akan membawa isu kontrak pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah untuk perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menterinya, Dr. Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata, isu yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) hari ini turut akan dibawa kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). “Saya memberi jaminan akan membawa isu ini untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan…










