Irfan bikin Selangor ‘panas hati’ - Utusan Malaysia

Irfan bikin Selangor ‘panas hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menaikkan kemarahan penyokong Red Giants apabila memberitahu, Selangor tidak sehebat mana dan satu-satunya pemain yang menonjol ketika pasukan itu menang 1-0 dalam aksi Liga Super malam tadi adalah bekas pemain Terengganu, Faiz Nasir.

Sejurus tamat perlawanan, Irfan yang pernah membimbing Selangor dari 2012 hingga 2013 memberitahu media, dia tidaklah teruja melihat persembahan lawan mereka yang menunjukkan aksi ‘biasa-biasa’.

“Barisan depan Selangor hanya Faiz sahaja yang lain tiada benda. Faiz bekas pemain Terengganu (beraksi baik) yang lain biasa, seperti No. 9 (Sandro da Silva) dan 14 (Endrick dos Santos) out (biasa sahaja).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita banyak peluang tetapi gagal jaringkan gol. Saya sangat kecewa terutama dengan Tchetche (Kipre) yang masih gagal jaringkan gol,” katanya.

Dalam aksi itu, jaringan tunggal Faiz pada minit ke-56 sudah cukup buat Red Giants melakar kemenangan kedua berturut-turut dan lebih manis mengakhiri badi tanpa menang di stadium keramat itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini