TEHRAN 16 Mac – Iran sekeras-kerasnya mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan terhadap serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand semalam.
Jurucakap Kementerian Luar Iran seperti dipetik oleh Press TV, Bahram Qassemi sebagai berkata, pihaknya menyifatkan serangan itu adalah terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Pihaknya juga menggesa semua negara untuk menyekat isu perkauman dan pergerakan Islamofobia serta ideologi yang mengancam keselamatan dan kestabilan penduduk di seluruh dunia.
Memuatkan artikel berkaitan…











