Industri perlu teliti isu gaji permulaan siswazah - Utusan Malaysia

Industri perlu teliti isu gaji permulaan siswazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai kuasa dalam menentukan gaji permulaan siswazah sebaliknya hanya menyediakan pendidikan yang mampu melahirkan graduan berilmu serta kompetitif bagi pasaran pekerjaan.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, isu gaji permulaan siswazah yang dilaporkan menurun baru-baru ini perlu diteliti oleh industri yang menyediakan peluang pekerjaan.

“Itu kena tanya industri kerana mereka yang menyediakan peluang pekerjaan kerana kami di KPM tidak menjaga soal gaji.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi yang kami boleh lakukan ialah untuk menyediakan siswa yang berkemahiran tinggi, lebih terlatih, berilmu dan kompetetif untuk pasaran pekerjaan dan pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Khamis lepas, Maszlee dalam satu kenyataan berkata KPM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk melihat isu dengan lebih mendalam untuk diselesaikan segera. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini