JAKARTA 11 Mac – Ketua Agensi Keselamatan Pengangkutan Indonesia, Soerjanto Tjahjono memaklumkan pihaknya bersedia untuk menghulurkan bantuan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas pesawat Ethiopian Airlines. Arab News melaporkan, syarikat penerbangan tersebut menggunakan model pesawat yang sama dengan Lion Air yang terhempas di Jakarta pada Oktober tahun lalu iaitu Boeing 737 MAX 8. Soerjanto berkata, agensinya boleh menjadi sebahagian daripada pasukan siasatan memandangkan rakyat Indonesia merupakan antara mangsa terkorban dalam nahas terbabit. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya