KUALA LUMPUR 14 Mac – Pengalaman nyata memisahkan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas pasukan negara disingkirkan pada suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dengan kekalahan 1-8 di Pattaya, Thailand hari ini. UAE yang pernah beraksi dalam Piala Dunia lima kali tidak membuang masa untuk membolosi gawang Malaysia apabila mendahului 3-0 pada suku pertama. Mereka kemudian menjadikan kedudukan 4-0 pada suku kedua, sebelum melengkapkan…










