KOTA BHARU 6 Mac – Seramai 120 orang kurang bernasib baik di sekitar bandar ini bersyukur dapat menikmati hidangan nasi berlauk percuma sumbangan Pusat Penerangan Islam dan Dakwah Antarabangsa (IIDAC) pada setiap minggu. Nasi percuma melalui ‘Free Food Program’ yang telah bermula sejak tiga tahun lalu itu diagihkan pada pukul 11.30 pagi pada setiap hari Ahad dan Rabu di perkarangan bangunan IIDAC, di sini. Salah seorang penerima, Wan Jah Hamid,65, yang berasal dari Pasir Mas berkata, dia bersyukur dengan agihan nasi percuma itu dan sanggup datang dari jauh bagi menjimatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya