Hudson-Odoi teruja sertai England - Utusan Malaysia

Hudson-Odoi teruja sertai England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mac – Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi terkejut apabila mendapat panggilan untuk menyertai skuad England buat kali pertama bagi aksi kelayakan Euro 2020.

England kini dalam fasa persediaan bagi menghadapi dua perlawanan penting iaitu menentang Republik Czech di Wembley pada 22 Mac ini dan berkunjung ke Montenegro bagi saingan pada 25 Mac.

Hudson-Odoi, 18 tahun, telah bermain 19 perlawanan bersama Chelsea pada musim ini dan telah menjaringkan lima gol bersama kelab berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia sesuatu yang mengejutkan buat saya apabila dipanggil untuk menyertai England buat kali pertama.

“Ini adalah impian saya dan anggap semua ini umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

“Saya akan melakukan yang terbaik bersama skuad senior dan sesuatu yang membanggakan apabila terpilih menyertai pasukan,” kata Hudson-Odoi.

Hudson-Odoi menyertai skuad England selepas rakan sepasukannya di Chelsea, Ruben Loftus-Cheek dan pemain Manchester City, Fabian Delph serta John Stones menarik kerana kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini