KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang lelaki mualaf yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W di media sosial membawa padah apabila dia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi. Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, selepas tertuduh masih mengekalkan pengakuan bersalah pada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan hari ini. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 5 Mac lalu. Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama dua bulan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya