MARANG 2 Mac – Sudah tiba masa bagi kerajaan mengkaji balik undang-undang sedia ada khususnya berkaitan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bagi memastikan tiada sesiapa lagi yang berani berbuat demikian sekali gus menghormati sensitiviti setiap agama. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu meneliti keberkesanan hukuman sekarang yang disifatkan ‘sangat longar’, sekadar didenda RM2,000 atau RM3,000 sahaja. Katanya, sedangkan mengikut undang-undang Islam, setiap pelaku yang menghina Nabi Muhammad boleh dikenakan hukuman bunuh. “Saya fikir sudah sampai masa kerajaan perlu tingkatkan di segi kuatkuasakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya