Henderson angkuh, tak hormat lawan - Utusan Malaysia

Henderson angkuh, tak hormat lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Mac – Pemain pertahanan Montenegro, Stefan Savic menyelar kapten Liverpool, Jordan Henderson yang disifatkan sebagai ‘angkuh dan tidak menghormati lawan’ sejurus selepas tamat kelayakan Euro 2020 yang menyaksikan England menang 5-1 semalam.

Skuad Three Lions mempamerkan aksi cemerlang untuk meraih kemenangan selesa, namun perlawanan di Podgorica itu dicemari insiden serangan berbaur perkauman yang dilakukan penyokong Montenegro terhadap pemain England.

Henderson yang dibawa masuk sebagai gantian untuk menerima cap ke-50 mencipta gerakan gol kelima England yang disempurnakan Raheem Sterling.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika Sterling meraikan jaringannya, penyokong melaungkan perkataan ‘monyet’ sebelum mengejek pemain England.

Situasi itu menimbulkan kemarahan pemain England dan mencetus suasana panas hingga menyebabkan Henderson serta Danny Rose dilayangkan kad kuning.

Sejurus permainan tamat, Savic menyelar Henderson kerana sikap angkuhnya terhadap pemain Montenegro.

“Kita semua tahu, mereka (England) pasukan yang lebih besar daripada kami tetapi kadangkala saya rasa teruk kerana terpaksa bermain dalam sukan yang sama dengan sesetengah pemain.

“Jordan Henderson contohnya, dia secara sarkastik memberitahu pemain kami dia akan memberi jersinya kepada mereka sebaik sahaja perlawanan tamat.

“Ini sikap yang buruk dan tidak menghormati lawan. Saya beritahunya supaya berhenti daripada berkelakuan seperti itu.

“Kami bangga dan lebih rela bermain dengan pasukan ini serta dibolosi lima gol daripada bergandingan dengan pemain-pemain angkuh dari England,” kata bekas pertahanan Manchester City itu.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini