Hatrik Messi bantu Barca hampiri gelaran La Liga - Utusan Malaysia

Hatrik Messi bantu Barca hampiri gelaran La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE – Bintang Argentina, Lionel Messi sekali lagi membuktikan bahawa dia jauh lebih hebat daripada Cristiano Ronaldo apabila meledakkan hatrik buat Barcelona ketika menewaskan Real Betis 4-1 awal pagi semalam, sekali gus menyaksikan pasukannya semakin hampir merangkul gelaran juara La Liga pada musim ini.

Ini kali kedua Messi melakukan ja­ringan hatrik dalam masa sebulan dan keempat pada musim ini, selain menambah koleksi kepada 51 hatrik dalam kariernya.

Pemain berusia 32 tahun itu telah meledakkan 29 gol dalam La Liga musim ini dan menyumbang 31 gol dalam semua kempen buat Barca.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan cemerlangnya itu turut menyaksikan Barcelona kini selesa 10 mata mengatasi pencabar terdekat, Atletico Madrid dengan baki 10 lagi perlawanan untuk ditamatkan musim ini.

Bagaimanapun, jurulatih Barca, Ernesto Valverde menegaskan perjalanan skuadnya untuk mempertahankan gelaran pada musim ini masih lagi panjang biarpun mencatat kemenangan pada aksi di Stadium Benito Villamarin itu.

“Selepas kekalahan Atletico (0-2 kepada Atheltic Bilbao), aksi menentang Betis sangat penting bagi kami dan saya gembira kami berjaya melaksanakan tugas tersebut. Masih ada 10 lagi baki per­lawanan liga, jadi kami perlu berhati-hati dan teruskan rentak kemenangan.

“Apa yang penting sekarang adalah kami terus menjarakkan diri daripada pasukan-pasukan pencabar yang lain dan selepas ini liga akan berehat. Baki 10 perlawanan itu nanti akan menjadi tempoh yang sangat kritikal untuk kami,” kata Valverde. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini